MEMBINA NEGARA BANGSA
Dasar
menyokong hasrat negara untuk membina negara bangsa dengan masyarakat Bangsa Malaysia bagi mengukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan negara
Matlamat
melahirkan pelajar yang memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta hidup bersatu padu
Strategi
n Memperkasa Bahasa Melayu sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu dengan menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan
n Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional dengan meningkatkan aktiviti seperti RIMUP, kelab rukun negara, kempen cintakan warisan bangsa dan negara
n Menerapkan warisan budaya dan kesenian bangsa dengan membina sekolah seni dan meningkatkan kerjasama dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
n Memperkukuh budi bahasa dan adab
n Membentuk sahsiah pelajar melalui:
n pemantapan kurikulum
n pemantapan program kokurikulum dan sukan
n pengukuhan program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Kesihatan)
n pengukuhan disiplin pelajar melalui JK Induk dan JK Bertindak bagi Menangani Gejala Disiplin Murid
Friday, July 25, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)